Thursday, 8 February 2018

Misi 2018 .

Tahun 2018 dah tiba.
Kali ini saya ada azam baru . correction : azam lama semangat baru.

Entahlah suddenly ketika "kak m" minta tulis azam 2018 , saya tulis " loss 20kg"

Dan perasaan tu sgt kuat.Kalau dulu asyik tangguh dan gagal dan berpatah balik ke belakang (makan banyak) hehehehe

Anyway reason untuk buat semua ni, not only nak cantik macam certain people niatkan. (anyway tak salah pun) . tapi kita muslim ada ultimate goal yang kita kena capai.

"TO PRAISE ALLAH"
Sooooo, my pushing factor nak loss 20kg ni is very related to Allah S.W.T

Bayangkan... *pejam mata anda

Nak solat, kadang2 surah yang imam baca panjang kan . So kena usaha khusyuk , fokus dan hayati.
Tapi kaki ni boleh pulak berdenyut-denyut dan rasa sakit sangat.
Kesan kaki kecik , badan berat. Saya punya saiz kaki 6 je. Selalunya orang kaki saiz 6 ni berat 40 lebih je. Tapi saya extraaaaaa. Mana tak sakit.

Jadi kebanyakan solat saya tak berapa nak khusyuk. Saya rasa kesan dia bila tiang agama kita goyah. Contohnya , kita mudah ikut hawa nafsu kita, berbanding berbuat apa yang Allah redha seperti melewatkan solat. Memanglah tak dosa besar kan, Tapi kan tujuan utama kita hidup adalah untuk menyembah Allah dalam apa jua keadaan dan buat Allah redha dengan kita. Maka diantara lewat solat dan solat awal, yang mana satu Allah lebih redha?

AWALLLLL! *pandai murid-murid jawab.

Nampak tak kesan tak khusyuk solat. Dia macam berjangkit, mula mula tak khusyuk.
Apabila tak khusyuk, tak rasa manisnya solat.
Dan membawa kepada tak rasa nak solat awal.

Maka dengan sebab itu,saya nekad untuk ubah cara hidup saya.

Saya ingin menjalankan "LOW CARB DIET" .
Di mana kuranggggg sangat pengambilan karbohidrat yang saya dibenarkan makan.

Setakat ni dah turun 3 kg.
Balik rumah naik 1 kg. Sebab.

Makan makanan haram atkins. huuuu sobs.

Saya makan kupang banyak juga.
ingatkan lulus atkins.
Tetiba setelah dua tiga hari tengah revised artikel atkins. "kupang tinggi karbohidrat " katanyaaaaaaa.

Nak pengsan baca.

Takpelah, bermula la balik sungguh-sunnguh.

Itu lah misi 2018. Banyak lagi itu hanya permulaan.
Kalau sempat saya taip lagi. Kalau x, xdelah ahahha.

Kat bawah ni antara menu low carb saya:

1) SUP SAYUR SIAM
-kobis
-saderi
-tomato
-fish ball (tak digalakkan)
> tumis bawang n cili. masukkan sayur dan air. akhir sekali perah limau sikit.

2) TELUR HANCUR
-panaskan minyak sikit dalam kuali.
-pecahkan telur dua biji.
-kacauuuuuu hancuq