Thursday, 8 February 2018

Misi 2018 .

Tahun 2018 dah tiba.
Kali ini saya ada azam baru . correction : azam lama semangat baru.

Entahlah suddenly ketika "kak m" minta tulis azam 2018 , saya tulis " loss 20kg"

Dan perasaan tu sgt kuat.Kalau dulu asyik tangguh dan gagal dan berpatah balik ke belakang (makan banyak) hehehehe

Anyway reason untuk buat semua ni, not only nak cantik macam certain people niatkan. (anyway tak salah pun) . tapi kita muslim ada ultimate goal yang kita kena capai.

"TO PRAISE ALLAH"
Sooooo, my pushing factor nak loss 20kg ni is very related to Allah S.W.T

Bayangkan... *pejam mata anda

Nak solat, kadang2 surah yang imam baca panjang kan . So kena usaha khusyuk , fokus dan hayati.
Tapi kaki ni boleh pulak berdenyut-denyut dan rasa sakit sangat.
Kesan kaki kecik , badan berat. Saya punya saiz kaki 6 je. Selalunya orang kaki saiz 6 ni berat 40 lebih je. Tapi saya extraaaaaa. Mana tak sakit.

Jadi kebanyakan solat saya tak berapa nak khusyuk. Saya rasa kesan dia bila tiang agama kita goyah. Contohnya , kita mudah ikut hawa nafsu kita, berbanding berbuat apa yang Allah redha seperti melewatkan solat. Memanglah tak dosa besar kan, Tapi kan tujuan utama kita hidup adalah untuk menyembah Allah dalam apa jua keadaan dan buat Allah redha dengan kita. Maka diantara lewat solat dan solat awal, yang mana satu Allah lebih redha?

AWALLLLL! *pandai murid-murid jawab.

Nampak tak kesan tak khusyuk solat. Dia macam berjangkit, mula mula tak khusyuk.
Apabila tak khusyuk, tak rasa manisnya solat.
Dan membawa kepada tak rasa nak solat awal.

Maka dengan sebab itu,saya nekad untuk ubah cara hidup saya.

Saya ingin menjalankan "LOW CARB DIET" .
Di mana kuranggggg sangat pengambilan karbohidrat yang saya dibenarkan makan.

Setakat ni dah turun 3 kg.
Balik rumah naik 1 kg. Sebab.

Makan makanan haram atkins. huuuu sobs.

Saya makan kupang banyak juga.
ingatkan lulus atkins.
Tetiba setelah dua tiga hari tengah revised artikel atkins. "kupang tinggi karbohidrat " katanyaaaaaaa.

Nak pengsan baca.

Takpelah, bermula la balik sungguh-sunnguh.

Itu lah misi 2018. Banyak lagi itu hanya permulaan.
Kalau sempat saya taip lagi. Kalau x, xdelah ahahha.

Kat bawah ni antara menu low carb saya:

1) SUP SAYUR SIAM
-kobis
-saderi
-tomato
-fish ball (tak digalakkan)
> tumis bawang n cili. masukkan sayur dan air. akhir sekali perah limau sikit.

2) TELUR HANCUR
-panaskan minyak sikit dalam kuali.
-pecahkan telur dua biji.
-kacauuuuuu hancuq

Wednesday, 20 December 2017

PENJAGA HATI (cover islamik Pematah Hati - Nabila Razali )

PENJAGA HATI - lirik sahaja

Ku mencuba lagi
Berbalik kembali
Disaat kau beri
Kemudahan Kejayaan
Ku tak peduli

Aku tak mengerti
Apa ku mahu lagi
Kau penjaga hati
Mahu tak mahu
Ku sendiri kan rugi

*jaga hati , jaga hati ,jaga hati*
*jaga hati, jaga hati , jaga hati*

Sungguhnya aku cinta
PadaMu oh Ya Allah
Walau lemah ku rasa
Iman dan usaha

Jujurnya aku pinta
ampun pada Mu Allah
Janji tak mahu ku ulang lagi
Semua perangai ku

*part climax
Pastinya suatu hariku
akan berubah
Pastinya disaat itu
Ku harap istiqomahhh.

Sungguhnya aku cinta
PadaMu oh Ya Allah
Walau lemah ku rasa
Iman dan usaha

Jujurnya aku pinta
ampun pada Mu Allah
Janji tak mahu ku ulang lagi....

Kadang ku mahu
Kadang ku buntu
Kadang ku rindu
Kadang keliru
Kadang ku cinta
Kadang ku alpa
Allah.

Kerna ku cinta
Sanggup terluka
Ku pastikan terus setia
Janji tak mahu ku ulang lagi,
Semua perangaiku.

***

Tudia, sebenarnya saya minat musik. tetapi semakin lama saya faham tentang Islam, saya terjentik lagu-lagu yang saya dengar tu liriknya melalaikan bahkan merosakkan hati saya.

Kemudian , THE FAITH di bawah naungan Tarbiah Sentap Records muncul. Konsep mereka ni meng"cover " lagu-lagu femes kepada lirik islami. 

Dulu itu hobi saya, simpanan sendiri sahaja.

Kali ini, diinspirasikan dari mereka. Saya mula mengcover lirik semula. Terkini yang tengah meletop tak silap saya lagu ni, kerana videoclipnya. 

Saya tak menyanyi secara umum. 
Dan willingly nak dengar sesiapa nyanyi lirik ni dan ambil manfaat darinya. ini hanya hobi saya. 

The End

Wassalam









Saujana-Suci Sekeping Hati (PART 2)

"Akan kuatkah kaki yang melangkah 
Bila disapa duri yang menanti 
Akan kaburkah mata yang meratap 
Pada debu yang pastikan hinggap 

Mengharap senang dalam berjuang 
Bagai merindu rembulan di tengah siang 
Jalannya tak seindah sentuhan mata 
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba"


Dalam hidup ni, saya ,awak dan kamu semua sedang melangkah menuju Tuhan. 
Persoalan nya, kuat kah kita hadapi ujian - ujian yang Allah hadirkan . 


(Credit to teknikhidup.com)
Surah Al-Baqarah : ayat 286 (ada dalam mathurat!)

Al-Quran tak pernah  gagal jawab soalan dalam benak fikiran saya. Tentu saya boleh hadapi ujian itu.

Masa berlalu, ranjau ditempuh terlalu berat. Mungki saja niat saya dan fokus saya akan kabur. 
Dengan kilauan dunia yang lebih bersilau. Maksudnya, apabila saya memilih untuk belajar mendalam tentang Islam dan turut menjadi manusia yang sampaikan Islam, masa saya semakin suntuk dan sikit . Orang Barat kata BUZY. !

Apabila melihat kehidupan orang yang tidak perlu pun nak belajar mendalam tentang Islam, dan tak jadi Daie pun, kelihatan nya hidup mereka bahagia. 

"Salah pandangan saya ni", berkata pada diri sendiri. 
Apabila melihat orang lain, saya lah yang kena ajak dia untuk rasa nikmat mendalami Islam, bukan saya yang rasa terbawa-bawa best nya kehidupan orang lain. Saya kena kongsi apa yang saya rasa, apa yang saya dapat. itu kesilapan saya awal-awal berubah ke arah lebih baik dulu. Saya takut dan tak reti nak berkongsi kebaikan.

Tapi alhamdulilllah, Saya belajar untuk berubah.


Okay next perenggan .
Berjuang menuju syurga ni mana boleh expect senang.
Rasulullah dulu susah mula-mula nak sebarkan Islam atas muka bumi ni.
tu memang sunnatullah hidup


Surah Al-Balad ayat 4

Serius gaissss. Hidup ni memang susah. Cuma berbaloi lah jika kita bersusah-payah demi Allah. Susah payah nak redha Dia.

As simple as kalau free hair, susah kan nak start bertudung. Memang susah tp berbaloi susah sebab nak redha Allah.

So, thats the ending of lagu ni.

Banyak lagi yang saya relatekan dengan diri dan tadabbur tapi kadang-kadang ada cerita dan benda yang sukar untuk ditafsir perasaanku. cewaaaah. ehehe. Oklah. THE END

Wassalam.








Tuesday, 19 December 2017

Saujana - Suci Sekeping Hati

Alhamdulillah, hexam ACCA dah habis untuk sem ni. (taking P2 Corporate Reporting) . Tiba-tiba rasa nak buat blog sebab rasa nak share banyak benda. 


ok,tajuk entry tetiba tajuk lagu nasyid. 

Sebenarnya, lagu sekeping hati ni lah lagu yang asyik berputar-putar di fikiran ketika study week haritu (study days kot) 

Sebenarnya, rasa sangat related dengan keadaan diri. 
Bukan saya saja. Rasanya sahabat-sahabat lain yang tengah struggle pon. 

I send voicenote to tasha. Biarlah xdapat jumpa selalu. tapi ukhuwwah kami tetap kuat. (stay strong asha) T.T Dan dia terus menangis katanya, dengar lagu ni. Mungkin sangat kena dengan keadaan hidupnya sekarang. Moga Allah beri dia kekuatan. 

So ni lirik dia. 

Suci Sekeping Hati
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Sekeping hati dibawa berlari 
Jauh melalui jalanan sepi 
Jalan kebenaran indah terbentang 
Di depan matamu para pejuang 

Tapi jalan kebenaran 
Tak akan selamanya sunyi 
Ada ujian yang datang melanda 
Ada perangkap menunggu mangsa 

Akan kuatkah kaki yang melangkah 
Bila disapa duri yang menanti 
Akan kaburkah mata yang meratap 
Pada debu yang pastikan hinggap 

Mengharap senang dalam berjuang 
Bagai merindu rembulan di tengah siang 
Jalannya tak seindah sentuhan mata 
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

(credit to LirikNasyid.com)

Untuk saya, apa makna lagu nasyid ni.....meh baca nak cerita lah ni. 

Sekeping hati, saya bayangkan diri saya. Di bawa berlari, saya bayangkan kehidupan saya atas muka bumi ni. 
Saya  cuba tempuh hidup saya yang macam-macam ragamnya dan saya rasa kosong dengan dunia. - yang ni merujuk kepada jauh melalui jalanan sepi.

Tapi hakikatnya, jalan yang menuju Allah iaitu jalan kebenaran,ada je Allah hadirkan dalam hidup kita. Luas terbentang! Jika nak, kena cari lah kengkawan yang baik. Entah-entah dah pernah ada orang baik cuba nak kawan dengan kita. Tapi kita jual mahal , tak pun fikir bukan-bukan hah!
Kalau macam saya, ada seorang kawan Bidadari (BUKAN NAMA SEBENAR) , ajak pergi satu pengisian ni . nanti saya cerita lah. but seriusly "pembuka tin" eh "mata" sangat . (read : eye opener) 

THAT WAS MY TURNING POINT.

Tapi pilih untuk jadi baik nak dekat dengan Allah, macam2 cabaran nya huihhhh. 
Sekarang pun,,,,
Dalam hidup ni  ada banyak ujian yang datang, macam - macam masalah muncul. 
Seawal usia 23 tahun ni. jika nak listkan - ACCA belum habis, MARA dah habis sponsor. Maka muncul lah masalah kewangan. huuu

(pesanan : tak mahu besarkan masalah t-t)

Ada perangkap menunggu mangsa- 
hohoho apa lagi syaitan lah yang tak henti henti akan cari peluang hasut kita. 
bila tengah struggle dan down dia akan datang. bisik dan godaaa ke arah yang jahaattttt.

Tapi percayalah,jika iman kita kuat. hummmmph , syaitan pun ketaqqq lutut weh. 
(Teringat kisah Umar al-Khattab, memang syaitan takut nak hasut dia. )

Setakat ni dulu lah suci sekeping hati. 

MACAM nak rename post ni. Tadabbur Nasyid - SUCI SEKEPING HATI by Saujana

Wassalam.