ok,tajuk entry tetiba tajuk lagu nasyid.
Sebenarnya, lagu sekeping hati ni lah lagu yang asyik berputar-putar di fikiran ketika study week haritu (study days kot)
Sebenarnya, rasa sangat related dengan keadaan diri.
Bukan saya saja. Rasanya sahabat-sahabat lain yang tengah struggle pon.
I send voicenote to tasha. Biarlah xdapat jumpa selalu. tapi ukhuwwah kami tetap kuat. (stay strong asha) T.T Dan dia terus menangis katanya, dengar lagu ni. Mungkin sangat kena dengan keadaan hidupnya sekarang. Moga Allah beri dia kekuatan.
So ni lirik dia.
Suci Sekeping Hati
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
(credit to LirikNasyid.com)
Untuk saya, apa makna lagu nasyid ni.....meh baca nak cerita lah ni.
Sekeping hati, saya bayangkan diri saya. Di bawa berlari, saya bayangkan kehidupan saya atas muka bumi ni.
Saya cuba tempuh hidup saya yang macam-macam ragamnya dan saya rasa kosong dengan dunia. - yang ni merujuk kepada jauh melalui jalanan sepi.
Tapi hakikatnya, jalan yang menuju Allah iaitu jalan kebenaran,ada je Allah hadirkan dalam hidup kita. Luas terbentang! Jika nak, kena cari lah kengkawan yang baik. Entah-entah dah pernah ada orang baik cuba nak kawan dengan kita. Tapi kita jual mahal , tak pun fikir bukan-bukan hah!
Kalau macam saya, ada seorang kawan Bidadari (BUKAN NAMA SEBENAR) , ajak pergi satu pengisian ni . nanti saya cerita lah. but seriusly "pembuka tin" eh "mata" sangat . (read : eye opener)
THAT WAS MY TURNING POINT.
Tapi pilih untuk jadi baik nak dekat dengan Allah, macam2 cabaran nya huihhhh.
Sekarang pun,,,,
Dalam hidup ni ada banyak ujian yang datang, macam - macam masalah muncul.
Seawal usia 23 tahun ni. jika nak listkan - ACCA belum habis, MARA dah habis sponsor. Maka muncul lah masalah kewangan. huuu
(pesanan : tak mahu besarkan masalah t-t)
Ada perangkap menunggu mangsa-
hohoho apa lagi syaitan lah yang tak henti henti akan cari peluang hasut kita.
bila tengah struggle dan down dia akan datang. bisik dan godaaa ke arah yang jahaattttt.
Tapi percayalah,jika iman kita kuat. hummmmph , syaitan pun ketaqqq lutut weh.
(Teringat kisah Umar al-Khattab, memang syaitan takut nak hasut dia. )
Setakat ni dulu lah suci sekeping hati.
MACAM nak rename post ni. Tadabbur Nasyid - SUCI SEKEPING HATI by Saujana
Wassalam.
terbaik
ReplyDeleteMasyaaAllah.. .
ReplyDelete